Tuesday, November 7, 2017

5 Sebab Penuaan Awal Kulit Wajah yang ramai tidak sedar

Penuaan atau aging adalah proses semulajadi yang memang akan berlaku pada setiap orang. Tiada siapa yang boleh menghalang penuaan daripada berlaku. Penuaan berlaku pada semua sel, tisu dan organ kita.

Apabila perubahan akibat penuaan berlaku, fungsi dalam sistem tubuh juga turut terganggu.

5 Sebab Penuaan Awal Kulit Wajah





Bila penuaan mula berlaku?

Kebiasaannya proses penuaan @aging mula berlaku ketika kita berusia 30 tahun. Namun jangan terkejut jika kita lihat tanda-tanda penuaan pada orang yang berusia 20an.

Ada orang yang berusia 63 tahun namun kelihatan seperti 40an, dan ada juga yang sebaliknya. Itulah yang dikatakan awet muda.

Pelbagai faktor dikaitkan dengan keadaan tersebut. Menurut penelitian Unilevel Research & Development Center, stress dengan kerja dan tidur yang tidak mencukupi merupakan antara penyebab utama wajah kita kelihatan 25 tahun lebih tua dari usia sebenar.

Secara umumnya ada 5 faktor paling utama dan agak biasa bagi kita

1) Stress

Selalu kita dengar orang kata " Jangan cepat marah nanti cepat tua". Mungkin kita agak pelik apa perkaitan stress dengan marah kan? Kita ingat itu hanyalah sekadar kata orang tua-tua sahaja.

Namun sebenarnya, bila kita marah dengan sepenuh perasaan, kita dalam keadaan stress. Dan stress ini la yang menyebabkan kolagen di kulit kita menjadi semakin lemah. Bila struktur kolagen kita lemah, kulit akan kehilangan keanjalan, berkedut dan tidak tegang.

2) Merokok

Kandungan nikotin dan bahan kimia lain di dalam asap rokok menyebabkan terjadinya radikal bebas . Nikotin juga membuatkan sel-sel kulit kehilangan cecair, menjadikan ia tidak mampu untuk lock kelembapan pada kulit. Bila kelembapan kulit semakin kurang, kulit akan kelihatan kusam, kering dan juga kasar.

Merokok juga boleh melambatkan proses penyembuhan luka di kulit. Jika seseorang mempunyai masalah jerawat ataupun jerawat batu, dan merokok pula, makin susah la jerawat tersebut akan hilang.

Keadaan ini juga sama bagi secondary smoker. So, jika anda mahu jerawat anda cepat baik.. jauhkan diri dari asap rokok kerana kesannya terhadap anda adalah berganda lebih teruk daripada kesan terhadap smoker itu sendiri.

Apabila seseorang merokok, pendedahan haba secara direct pada kulit secara berterusan akan menyebabkan keanjalan kulit semakin berkurangan.

Ia jugak menyebabkan  aliran oksigen ke wajah berkurangan. Aliran darah di dalam arteri dan kapilari darah menurun, dan menyebabkan sel kulit kita bermasaalah dan menjadi mati. Apabila sel bermasaalah, prestasi membran sel juga turut berkurangan dan menjadi semakin lemah. Oksigen amat diperlukan sel bagi melawan radikal bebas yang merosakkan sel kulit setiap hari.

3) Persekitaran yang kotor dan tercemar

Selain dari asap rokok, udara yang tercemar dan persekitaran yang kotor boleh menyebabkan keradangan di kulit. Amalan pembersihan kulit  amat perlu dilakukan sebaiknya terutamanya bagi yang berkulit sensitif ataupun sedang mengalami masalah jerawat.

Jika kulit tidak dibersihkan dengan baik, sangat mudah untuk kotoran terperangkap sekaligus menimbulkan pelbagai masalah kulit. Apabila kulit bermasalah diluar, ia bermaksud sel-sel kulit juga mengalami kerosakan dan menyebabkan tanda penuaan lebih jelas kelihatan.

4) Pemakanan tidak seimbang

Amat penting bagi kita untuk mengambil pemakanan seimbang setiap hari. Pengambilan makanan manis dan gula berlebihan juga boleh menyebabkan penuaan awal. Gula putih dikatakan antara penyumbang utama kepada masalah gula dalam darah yang tinggi.

Jika kita dapat mengurangkan pengambilan gula putih, kita akan mendapat kesan awet muda 5-10 tahun lebih muda. Ianya kerana makanan manis dan gula boleh menyebabkan keradangan kulit dan pengoksidaan  kulit.

Pengambilan gandum secara berlebihan juga boleh menyebabkan berlakunya Glycation, iaitu proses yang berkaitan dengan pembentukan AGE Protein. Penimbunan AGE protein boleh berlaku akibat pengambilan gandum yang terlalu banyak. Apabila AGE menimbun, ia membuatkan kita menjadi lebih tua.Sebab itulah pesakit diabetes akan kelihatan lebih tua dari usia sebenar mereka.

Makanan yang terlebih bakar atau hangit seperti satay, roti bakar, makanan berkerak juga tidak elok dimakan kerana ia mengandungi unsur karsinogen dimana ia mengandungi acrylamides yang boleh menyebabkan kanser dan mencepatkan penuaan.

5) Terdedah kepada sinar matahari

Sinar UV dari matahari  menyebabkan wajah kita lebih terdedah dengan garisan halus, kedutan dan juga pigmentasi. 

Dalam jangka panjang, pembentukan dan pengumpulan pigmen melanin yang rosak di bawah lapisan kulit ini menyebabkan wujudnya tompok-tompok gelap pada kulit wajah. Ia bermula secara perlahan-lahan atau berperingkat dan makin jelas apabila kita melepasi usia 30-an. Sebab itu jeragat atau pigmentasi ini sering dikaitkan dengan tanda- tanda penuaan walhal ia sudah pun berada di bawah lapisan kulit sejak usia remaja lagi.

Oleh itu, tidak kira sama ada kita berada di dalam bangunan atau di luar , pemakaian pelindung UV adalah suatu kemestian . Lebih muda usia kita mula memakai pelindung UV , lebih baik kesannya kepada kulit kita.

Antioksidan melambatkan penuaan

Suka atau tidak, kita tidak dapat menghentikan penuaan. Kita semua akan mengalami penuaan. Kulit akan jadi berkedut, garisan halus mula kelihatan pada wajah, kulit menjadi kendur dan kusam.

Namun kita masih boleh berusaha agar penuaan dapar diperlahankan ataupun dengan kata lain berlaku dengan lebih sihat. Caranya dengan mengurangkan atau sebaiknya mengelakkan diri daripada 5 perkara yang menyebabkan penuaan ini.

Selain itu, kita juga boleh amalkan pengambilan antioksidan seperti Vivix. Vivix mengandungi resveraterol yang mampu mengatasi kesemua keadaan yang disebutkan diatas.

Cara Vivix Membantu Menghalang Penuaan

  • Resveraterol bertindak dengan cara meningkat metabolisme badan sekaligus mempercepatkan pembakaran lemak di dalam badan. Apabila lemak berkurang, tanda-tanda penuaan juga akan semakin berkurang.
  • Resveraterol juga membantu melambatkan pembentukan AGE protein yang menyebabkan sel kulit menjadi lemah.
  • Anggur muskat yang merupakan bahan utama Vivix dapat membantu melindungi sel dan membaiki semula sel yang rosak akibat radikal bebas kesan dari 5 sebab diatas. Apabila sel kulit kembali pulih dan sihat, keanjalan kulit dapat dikembalikan.
  • Vivix bertindak dengan cara menyingkirkan toksin dan bahan cemar di dalam badan kita, sekaligus menjadikan kulit kita lebih sihat dan kurang kedutan
  • Resveraterol di dalam Vivix juga boleh membantu menurunkan kadar gula didalam darah
Kualiti Vivix yang tiada tandingan


testimoni pengguna tegar Vivix


Jom kita halang penuaan awal dengan mengamalkan pengambilan antioksidan seperti Vivix. 

Dapatkan Vivix secara online dengan membeli melalui eSell 

beli vitamin secara online
Beli Vivix Secara Online


Atau hubungi saya untuk mengetahui cara membeli Vivix dengan lebih murah! 


Nur Fadhilah Yunus ( SID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
IG: by_fadhilah 
FB Page : Vitamagic Shoppe
About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment